http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20081014091047/Article/index_html
Sabtu, 23 Januari 2010
TAMAN BUKIT MARGOSA- HARIAN METRO
Harian Metro 14 Okt 2008SEREMBAN: Penduduk Taman Bukit Margosa Paroi, dekat sini, mahu pihak terbabit dengan pembinaan Lebuhraya Kajang-Seremban yang melalui taman itu memberi penerangan jelas mengenai kedudukan projek berkenaan selepas lebih lapan bulan tiada perkembangan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persatuan Penduduk Taman Bukit Margosa, Zakaria Sheikh Othman, berkata projek itu dikendalikan dua pihak iaitu Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Projek Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) sebagai kontraktor utama.
Beliau berkata, sebelum ini pihak berkenaan bersetuju untuk berkongsi maklumat dengan penduduk mengenai kedudukan laluan yang merentasi taman itu dan membabitkan beberapa perumahan penduduk, tetapi sehingga kini maklumat berkaitan masih tidak diperoleh.
“Penduduk taman ini terutama kawasan kediaman mereka yang terbabit dengan laluan pembinaan lebuh raya itu bimbang adakah kediaman mereka benar-benar terbabit atau laluan pembinaan itu dilencongkan daripada cadangan asal.
“Setakat ini kita tidak mendapat maklumat jelas mengenainya dan berharap pihak berkenaan dapat memaklumkan kepada kami bagi membolehkan kami memberi pandangan demi kepentingan dan kebaikan bersama,” katanya di sini, semalam.
Katanya, berdasarkan pelan asal, beberapa kawasan akan terbabit dalam pembinaan projek itu di taman berkenaan antaranya surau Taman Bukit Margosa dan beberapa kediaman penduduk yang menyebabkan mereka membantah.
Zakaria berkata, beberapa perbincangan sudah dibuat sebelum ini tetapi kata putus belum diperoleh dan pihaknya berharap satu keputusan terbaik dicapai demi kepentingan penduduk.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20081014091047/Article/index_html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan